Pengenalan

     

KERJAYA   

 

 Setiap individu perlu membuat keputusan mengenai kerjaya dan mereka perlu menyesuaikan masalah yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya kerana kerjaya merupakan kegiatan utama dan menentukan cara serta gaya hidup seseorang. Dunia pekerjaan yang semakin kompleks menjadikan pemilihan kerjaya sebagai masalah utama. dalam hal ini, pemilihan kerjaya melibatkan tiga perkara iaitu mengenal diri, mengenal dunia pekerjaan dan memadankan diri dengan pekerjaan. 

     Perkara penting di sini ialah faktor dalam menentukan kejayaan individu dalam sesuatu kerja iaitu faktor diri individu itu sendiri yang meliputi aspek personaliti, minat dan pencapaian. Minat yang tinggi terhadap aktiviti sesuatu pekerjaan dan mempunyai keupayaan peribadi untuk mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang diceburi antara sebab mengapa seseorang itu menceburkan diri dalam sesuatu pekerjaan.

 

3 comments:

  1. Sekarang saya dah ada kerjaya yang bukan pun cita-cita saya. Cita-cita saya yang sebenarnya adalah menjadi juruterbang. Tapi keputusan SPM saya tidak memungkinkan saya menjadi juruterbang. Bolehkah pada usia 40-an saya ambik kembali SPM demi mengejar cita-cita saya. Boleh puan bagi panduan kat saya tak. Terima kasih puan.

    ReplyDelete
  2. Hi Mie, sebelum kita berbincang tentang persoalan Mie dengan lebih lanjut, diharap Mie sudi melengkapkan ujian kerjaya pada link di bawah. Dengan melengkapkan ujian kerjaya ini, kita akan dapat lihat adakah kerjaya Mie sekarang sesuai atau tidak dengan personaliti Mie sebelum membuat sebarang keputusan.

    https://openpsychometrics.org/tests/RIASEC/

    ReplyDelete